www.pibgskbn.dkays.com

Activiti  Klik gambar

Kemaskini31-Jan-2009

N821664.jpg (1450593 bytes)

1hb Nov 2008
Projek Lanskap Sekolah Oleh Kwait Finance House (M) Bhd.

Satu usaha murni Kwait Finance House dalam khidmat kemasyarakatnya ke sekolah-sekolah luar bandar dengan mengadakan program menceriakan sekolah yang dijayakan sendiri oleh kakitangannya bersama seorang Jururunding Lanskap. Projek keceriaan dibawah kelolaan PIBG ini telah diserahkan secara rasmi oleh En Ab Jabar Rahman, Deputi Chief Executive Kwait Finance House (M) Bhd kepada En Fauzi Naib YDP PIBG SKBN.

Turut hadir Dato' Ahmad Zaki bin Abdul Razak, Chief Officer - Corporate Services and Operations dan Raja Zamilia bt Dato' Seri Mansur, Director Communications & Public Relations KHFB.

P1010143.JPG (169213 bytes)

16hb Feb 2008
Mesyuarat Agong PIBG ke 34


Mesyuarat Agong kali ini telah mengemukakan format baru dimana perbahasan usul dibuka secara umum serta mengikut katagori yang ditetapkan:
1. Akademik
2. Displin
3. Keceriaan
4. Ko-kurikulum
5. Keselamatan
Walaubagaimanapun ibubapa lebih bertumpu kepada usul Akademik yang telah mengambil sebahagian beasr dari waktu mesyuarat.

P2010050.JPG (156679 bytes)

2hb Feb 2008
Ceramah Keibubapaan
[ALBUM]

Ceramah Keibubapaan ini telah disempurnakan oleh penceramah yang tak asing lagi dikalangan sekolah-sekolah di Negeri Selangor ini iaitu Tn Haji Muhamad Ghazali bin Hamzah dari Jabatan Pelajaran Selangor sendiri.

Ceramah yang membawa tajuk "Anak Ku Sayang, Anak Ku Cemerlang" telah menjana semangat dan keperihatinan para ibu bapa yang hadir untuk di terjemahkan kepada keluarga masing-masing.

P1010104.JPG (161812 bytes) 8hb April 2007
Sukanan Tahunan SKBN 2007
[ALBUM]

Sukan tahunan bagi tahun  ini dibuat secara sederhana namun tidak kurang kemeriahan dan keceriannya. Kali ini Rumah Biru telah menjadi Johan keseluruhan dan diikuti Rumah Kuning, Hijau dan Merah. Acara olahraga dan sukanika bagi pelajar tahun 1 telah dilangsungkan pada 7hb April 07 hari Sabtu, bagi menjimatkan waktu. Pada hari Ahad diadakan persembahan perbarisan, ikrar, semua acara larian, tarik tali dan diakhiri dengan acara-acara untuk ibubapa, pegawai sukan serta pemberian hadiah-hadiah. 
PIBG SKBN terus maju kearah teknologi SMS (ITC)
Demi keperihatinan kami bagi memudahkan perhubungan diantara guru-guru dan ibubapa mahupun pelajar, PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer.
Dengan adanya sistem ini ia akan memberikan kepastian bahawa kita para ibubapa akan mendapat maklumat persekolahan anak-anak kita terus ketapak tangan walau dimanapun kita berada.

Jika ingin balas, sila taipkan
kod sms: R pibgskbn "message anda.."
Hantar ke: 33733
MesAgong06.jpg (419784 bytes)

3hb Mac 2007
Mesyuarat Agong ke33 SKBN

Mesyuarat diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala Ganapathy. Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008 telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A" dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain. 

 

P1010025.JPG (170956 bytes)

11hb Febuari 2007
Majlis Penutup Jogathon SKBN
Larian Penutupan Jogathon dipenuhi dengan acara larian oleh 4 katagori, kanak-kanak, Remaja, Dewasa dan Vateran.Larian penutupan ini telah melibatkan lebih 300 peserta dengan bantuan Polis Trafik dan pasukan Rela bagi mengawal lalu-listas. Majlis Penutupan telah disempurnakan YB Kamala Ganapathy. [ALBUM]

P1010038.JPG (98701 bytes) 1hb Jun 2006
Majlis Pembukaan Jogathon SKBN
Ini adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN bagi mengisi tabung PIBG. Berbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan Majlis Pembukaan ini yang dimulakan dengan Senam Robik, pertandingan anyam ketupat, Pertandingan Karaoke dan yang termeriah sekali adalah Pertandingan Gusti Lengan. Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Larian Jogathon ini dengan jayanya.
P1010035.JPG (175236 bytes) 14hb April 2006
Perarakan Maulud Nabi SK Bukit Naga

Maulidul Rasul telah disambut di Bukit Naga yang dikelolakan oleh Sek Keb Bukit Naga dengan mengadakan perarakan dari sekolah ke Dewan Orang Ramai dan didahului oleh barisan pelajar sekolah.

P1010094.JPG (170324 bytes) 11hb Feb 2006
Opps.. Vandalisma di Bukit Naga!
Tidak.. inilah semangat Gotong-royong...Sek Keb Bukit Naga mengadakan Hari Gotong-royong dan beramah-mesra diantara Ibubapa dan Guru-guru pada hari Sabtu 11hb Feb 2006.
P1010020.JPG (168093 bytes) 16hb May 2005
Selamat Hari Guru
Sambutan Hari Guru SKBN telah diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang telah dihadiri oleh semua pelajar sesi pagi dan petang, AJK PIBG dan para guru.
P3050021.JPG (176954 bytes) 05hb Mac 2005
Mesyuarat Agong PIBG
SK Bukit Naga Yang Ke 31

Sambutan dari ibubapa yang begitu perihatin tentang pelajaran anak-anak sudah pasti dapat menjana semangat untuk terus berusaha dengan lebih proaktif kearah kecemerlangan SKBN.
P1010012.JPG (192125 bytes) 30hb Oktober 2004
Hari Kecemerlangan SKBN 2004
Dirasmikan oleh En Safuan Samsuri bin Din wakil PPD Kelang.
Persembahan dari murid Prasekolah SKBN yang pernah menjadi johan di peringkat daerah Klang.
IMG_0037.jpg (77572 bytes) 19hb Sept 2004
Berkemah di Pulau Pangkur
Setelah bertungkus-lumus memeras otak untuk menghadapi UPSR, pelajar Tahun 6 SK Bukit Naga dibawa berkelah ke Pulau Pangkur yang telah dianjurkan bersama oleh Guru-guru dan PIBG. Mereka berkemah selama 3 hari 2 malam bermula 17hb Sep 04 hingga 19hb Sep 04. 
Hajat.jpg (29085 bytes) 29hb Julai 2004
Majlis Solat Hajat UPSR
Majlis Solat Hajat bagi anak-anak warga Bukit Naga yang akan mengambil peperiksaan UPSR anjuran bersama SK Bukit Naga dan AJK Masjid Al Bakri. 
Kami mendoa'kan agar pelajar semua berjaya dengan cemerlang!.
P1010127.JPG (67959 bytes)
27hb Jun 2004
Sukan Olahraga Sek Keb Bukit Naga Ke30.

Anda ada cerita ?... hantarkan ke pibgskbn@yahoo.com  setiausaha123